Fandom

Constructed Mythology

Politik dan Pemerintahan Pusat Empayar Megamelayu

1,074pages on
this wiki
Add New Page
Comments0 Share

PLEASE NOTE THAT THIS ARTICLE IS IN "MALAY"

Politik dan Pemerintahan Pusat Empayar Megamelayu berteraskan konsep Monarki Terpilih.


Raja – Raja Berempat Edit

Kerajaan Agung dan Rajanya merupakan elemen terpenting Politik Megamelayu. Harus diingat, Raja-Raja 4 Kerajaan Agung ini adalah pewaris Cagara yang tulen dan berdaulat. Yang Dipertua Maharaja Agung Situnggal Mangkubumi Megamelayu dilantik oleh raja-raja berempat. Pada awalnya, mereka melantik seorang Adik Lelaki Cagara, Surya sebagai maharaja Megamelayu yang pertama dengan menolak sistem warisan. Namun, semenjak konflik Puak Suryaningkrat dengan Suku Warisan Cagara, Raja-Raja Berempat menutup pintu ”Maharaja” kepada orang lain. Mereka melantik Maharaja dari kalangan suku mereka sendiri.

Raja – Raja ini adalah tulang belakang pemerintahan Megamelayu. Maharaja Agung Situnggal Mangkubumi Megamelayu dianggap sebagai pemerintah tertinggi oleh penempatan-penempatan lain, tetapi hanya sebagai simbol perpaduaan negara oleh penduduk 4 Kerajaan Agung.

Yang Dipertua Maharaja Agung Situnggal Mangkubumi Megamelayu Edit

Perlantikan Maharaja dan Sejarahnya Edit

Yang Dipertua Maharaja Agung Situnggal Mangkubumi Megamelayu (literally: He who has made as Leader, The Only Great Emperor, The Landlord of Great Malay) atau ringkasnya Maharaja Megamelayu adalah pemerintah tertinggi Empayar Megamelayu. Maharaja Megamelayu dilantik oleh Raja – Raja Berempat Kerajaan Agung. Maharaja Megamelayu kedua, Surya dilantik oleh putera – putera Cagara yang empat. Maharaja ketiga adalah Raja Negara Paksina, dilantik oleh Surya, namun diminta mengundurkan diri oleh 3 raja lain untuk memberi kuota ”Maharaja” kepada bapa dan ibu saudara mereka.

Sehingga Maharaja keempat, Puak Suryaningrat dianggap sebagai puak ”Maharaja”. Namun, ketika pemerintahan Maharaja kelima, terjadi pertelingkahan antara Raja Baiduri Barat dengan Mandulika Negeri Sakarang yang berasal dari Puak Suryaningkrat. Mandulika Negeri Sakarang menolak untuk membayar ufti kepada Raja Baiduri Barat, kerana mendakwa baginda dilantik oleh Maharaja sebagai Mandulika yang bebas daripada pengaruh Raja – Raja Berempat, dan Negeri Sakarang adalah Provinsi yang bebas berdaulat, tertakluk hanya kepada Maharaja. Raja Baiduri Barat pula menganggap tradisi menghantar selancara emas kepadanya setiap tahun sebelum ini merupakan suatu bentuk ketuanan.

Raja Baiduri Barat siap-siaga untuk menyerang Negeri Sakarang. Maharaja kelima menghantar 15 000 tentera Maharaja ke Negeri Sakarang. Dengan mengangkat Wasiat Cagara, Raja Tanih Tenggara berjaya mempengaruhi semua Kerajaan lain yang tidak terlibat untuk turut campur tangan. 220 000 Lasykar dari 19 Penempatan dihantar ke sempadan pengaruh Baiduri Barat dan Negeri Sakarang dengan mengangkat salinan Wasiat Cagara. Peperangan dilumpuhkan.

Negeri Sakarang kekal sebagai salah satu Kemandulikaan yang bebas dan tidak perlu membayar ufti lagi kepada sesiapa melainkan kepada Maharaja.

Namun, 4 Raja – Raja menghukum Maharaja kelima sebagai mencampuri urusan dalaman Kerajaan Agung (yang sepatutnya tidak dicampuri), berniat mengingkari Wasiat Cagara, dan tidak melaksanakan tugas sebagai Simbol Perpaduan. Maharaja kelima dijatuhkan, keistimewaan Puak Suryaningkrat dicabut dan Puak Suryaningkrat dihapuskan. Situasi ini dikenali sebagai Situasi Sirna Puak Surya.

Raja – Raja Berempat hanya melantik Maharaja daripada kalangan Suku Warisan Cagara saja, spesifiknya, dilantik daripada Raja – Raja Berempat. Keadaan ini berterusan sehingga hikayat ini ditulis. Raja Tanih Tenggara dilantik sebagai Maharaja pertama.

Perlantikan Maharaja dilakukan dengan undian bersuara dari kalangan Raja – Raja. Maharaja boleh dijatuhkan oleh Raja – Raja, tetapi biasanya memegang jawatan tersebut hingga mangkat.

Fungsi Maharaja Edit

Seperti yang dinyatakan di atas, fungsi utama Maharaja adalah sebagai simbol Perpaduan dianggap sebagai Pewaris Cagara dalam Perpaduan. Maharaja bertanggungjawab memastikan Wasiat Cagara yang menjadi asas pembinaan empayar terus ditaati.

Maharaja adalah pemerintah tertinggi untuk seluruh Megamelayu, namun, kebanyakan di 4 Kerajaan Agung menganggap Maharaja sama saja dengan Raja mereka. Maharaja dihormati sepenuhnya sebagai pemerintah apabila Raja – Raja mereka juga berbuat demikian. Sudah terang lagi bersuluh, Raja – Raja sangat penting untuk menjaga kedudukan Maharaja, daripada perlantikan dan kestabilan hinggalah penurunan Maharaja.

Maharaja melantik Ketua Penasihat Raja – Raja, Mandulika (Wakil Maharaja ke Negeri-Negeri), Menteri, Bupati dan Jaksa di peringkat empayar.

Selain itu, Maharaja bertanggungjawab untuk mengiktiraf Raja – Raja dan Pemerintah – Pemerintah 21 Penempatan Megamelayu.

Dalam perjanjian dengan orang – orang asing, Maharaja harus memperkenankan perjanjian tersebut. Hal ini merupakan satu – satunya hal yang dikawal Maharaja untuk 4 Kerajaan Agung.

Maharaja juga merupakan Panglima Tertinggi Angkatan Tentera Megamelayu. Baginda melantik Bendahara (Perdana Menteri yang juga ketua perlaksana ketenteraan), Laksamana (Admiral), Panglima Ningkrat (General), dan Ketua – Ketua Cabang Tentera, di peringkat Empayar.

Maharaja berkuasa penuh ke atas pemerintahan Bandar Raya Agung Kencana Si Rawi. Perlantikan Pengurus Diraja Datuk Bandar Kencana Si Rawi dibuat oleh Maharaja sendiri.

Ufti Kepada MaharajaEdit

Sebagai pemerintah tertinggi empayar, Maharaja menerima ufti tetap daripada 17 Negeri. Setiap negeri biasanya memberikan ufti berbeza, mengikut ketetapan maharaja. Biasanya Tasik Sarwa Alam (Negeri Orang Bunian) dan Pulau Selat Selatan (Negeri Orang Kerdil) masing – masing biasanya diminta dua kapal tentera jika berlaku peperangan. Namun, Tasik Sarwa Alam dan Pulau Selat Selatan turut memberi hadiah yang banyak kepada Maharaja setiap tahun.

2 Negeri Bunian yang lain menghantar ufti dalam bentuk hasil hutan dan laut (makanan, hasil buruan, mutiara, kayu – kayan, rempah – ratus), manakala 4 Negeri orang Kerdil selebihnya memberi ufti dalam bentuk hasil galian (emas, perak, batu, gangsa, besi dan sebagainya).

Penempatan Manusia kecuali Bandar Raya Agung Kencana Si Rawi biasanya menghantar ufti bernilai 3 perahu emas, tergantung kepada pengeluaran penempatan – penempatan tersebut. Bandar Raya Agung Kencana Si Rawi tidak menghantar sebarang ufti, kerana segenap isi Kencana Si Rawi merupakan perbendaharaan Maharaja.

Negara Paksina, Daksinagara, Baiduri Barat, dan Tanih Tenggara juga memberi sesuatu kepada Maharaja, tetapi tidak diistilahkan sebagai ufti, sebaliknya sebagai hadiah. Biasanya, 4 Kerajaan Agung masing – masing menghadiahi Maharaja sebahtera emas setiap tahun. Jikalau berlaku peperangan, 5000 tentera dihantar untuk Maharaja.

Kerabat Maharaja dan Pentadbir Empayar Edit

Kerabat Maharaja didefinisikan sebagai ”orang yang sebumbung dengan Maharaja dan mempunyai talian warisan dengannya”. Kerabat Maharaja tidak mempunyai sebarang tugas rasmi dan fungsional di peringkat Empayar. Secara teori, Kerabat Maharaja tidak mempunyai sebarang pengaruh ke atas pentadbiran negara. Maharaja boleh melantik sesiapa saja (termasuk kerabatnya) sebagai pentadbir Empayar, tetapi jarang sekali berlaku demikian kerana Suku Warisan Cagara diperlukan dalam pentadbiran Kerajaan Agung.

Pentadbiran dan Pengurusan Empayar diketuai oleh Bendahara Maharaja. Bendahara bendahara dibantu oleh Bendahari Maharaja dalam urusan ekonomi dan kewangan. Temenggung Maharaja pula mengetuai bahagian keamanan dan keselamatan dalam negeri. Laksamana Maharaja mengepalai Angkatan Laut Empayar, manakala Panglima Ningkrat Maharaja memimpin Angkatan Tentara Darat. Ketua Jaksa Empayar merupakan pegawai tertinggi dalam tafsiran perundangan setelah Maharaja dan Bendahara. Terdapat beberapa Menteri – Menteri lain yang menolong Bendahara. Menteri Agama menguruskan hal – ehwal agama dan menyelia rumah – rumah sembahan. Menteri Tanah menyelia urusan tanah. Menteri Perkapalan dan Perdagangan menyelia urusan perdagangan dan pelabuhan. Menteri – menteri dilantik oleh Maharaja. Perkara – perkara lain diuruskan oleh Bendahara dengan bantuan orang – orang yang dilantiknya.

Tergantung pada kehendak Maharaja, kadang – kala mereka akan melantik Penasihat atau membentuk Majlis Penasihat untuk dirinya sendiri. Tetapi, Maharaja perlu melantik Ketua Penasihat untuk Raja – Raja Berempat.

Mandulika Negeri – Negeri dilantik oleh Maharaja sebagai pemerintah umum negeri. Datuk Bandar Raya Agung Kencana Si Rawi bertanggungjawab untuk menyelia Kencana Si Rawi dan lingkungan pengaruh bandar tersebut. Terdapat beberapa bandar yang dibuka berhampiran Kencana Si Rawi, diintegrasikan dengan Bandar Agung tersebut dan diperintah oleh Datuk Bandar.

11 Suku Bangsa dalam Pemerintahan Edit

  1. Suku Warisan Cagara biasanya memonopoli jawatan Raja – Raja 4 Kerajaan Agung dan setelah Situasi Sirna Puak Suryaningkrat, mereka memonopoli takhta Maharaja juga. Namun, Suku Warisan Cagara lebih banyak terlibat dalam dalam pentadbiran Kerajaan Agung.
  2. Puak Dingikratas (keturunan dari adik perempuan Cagara) biasanya memonopoli pentadbiran di Kencana Si Rawi. Pegawai – pegawai kerajaan seperti Penyelia jalan, Penyelia Bangunan, Penyelia Pendidikan sering diberi kepada mereka. Semua Datuk Bandar Raya Agung adalah dari Puak Diningkratas. Semenjak Puak Suryaningkrat dihapuskan, Puak Diningkratas mendominasi Pentadbiran Empayar.
  3. Puak Suryaningkrat (keturunan dari adik lelakinya) dahulunya diberi keistimewaan sebagai Puak Maharaja, mendominasi jawatan – jawatan peringkat empayar. Tetapi puak ini telah dihapuskan. (Dihapuskan di sini bermaksud anggota Puak Suryaningkrat telah diasimilasikan ke dalam puak – puak lain).
  4. Puak Bagawan (Keturunan daripada 5 anak lelaki dan anak perempuan Cagara) dikatakan tidak menjawat sebarang jawatan di peringkat Empayar. Namun begitu, kebanyakan Pemerintah Negeri – Negeri Autonomi dikatakan berasal dari Puak Bagawan.
  5. Puak Kesumar (Keturunan petani dan penternak Cagara) ada juga anggota Puak Kesumar yang menjadi Tuan Tanah dan juga Kepala – Kepala Daerah.
  6. Puak Dangga (Keturunan Pendeta dan Cendikiawan) kesemuanya menyertai Biara Kencana dan mempengaruhi politik dan pemerintahan dengan sangat berkesan. Penasihat – penasihat Raja dan Maharaja kebanyakkannya adalah Puak Dangga.
  7. Puak Samudarma (Keturunan bangsa pelaut) kebanyakkannya menjadi tentera Laut. Jawatan Laksamana Maharaja tidak pernah lekang daripada puak ini. Mandulika Pulau – Pulau Utara, secara tradisi, dilantik daripada Puak Samudarma.
  8. Puak Jernihista (Keturunan Pegawai Tinggi Cagara) terpaksa bersaing dengan Puak Dingikratas untuk menjawat jawatan dalam Empayar dan terpaksa bersaing dengan Suku Warisan Cagara untuk melobi pentadbiran Negeri. Namun begitu, kehandalan mereka dalam mengira sangat diperlukan. Pejabat Bendahari Empayar didominasi oleh puak Jernihista, begitu juga dalam pejabat – pejabat negeri walaupun kepalanya bukan dari kalangan mereka.
  9. Puak Wulanjadi (Bunian atau Kerdil) tidak pernah menjawat jawatan pentadbir di peringkat Empayar. Puak Wulanjadi menjadi pemerintah tempatan. Sungguh pun begitu, Puak Wulanjadi menghantar 2 wakilnya ke istana Maharaja sebagai Duta Wulanjadi.
  10. Puak Pertawista (Keturunan sukarelawan) dan Puak Iteruh (Keturunan hamba abdi yang dibebaskan) tidak mempunyai kesan yang signifikan dalam pentadbiran pusat. Namun begitu, ahli – ahli puak ini yang menganggotai Biara Kencana mempunyai kedudukan sosial yang lebih baik walaupun seperti tidak wujud dalam politik. Sebahagian daripada mereka bertanggungjawab dalam perkembangan sosial dan pendidikan Megamelayu, sebagai guru, arkitek, insinyur, tabib dan sebagainya, tetapi sama sekali tidak dalam politik (Mereka di belakang tabir politik)

Pengaruh Biara Kencana Terhadap Politik dan Pemerintahan Megamelayu Edit

Biara Kencana merupakan suatu kultus yang diasaskan oleh Maharaja kedua Megamelayu (selepas Cagara) iaitu Surya. Surya melepaskan jawatannya sebagai Pemerintah Kencana Si Rawi kepada Kencana Si Rawi dan melepaskan jawatannya sebagai Maharaja Agung Situnggal Mangkubumi Megamelayu kepada Raja Negara Paksina ketika itu.

Dia mengabdikan diri kepada kehidupan biara dan kultus dituruti oleh Seluruh Puak Dangga.

Pengaruh Biara Kencana mula terasa apakala keahliannya daripada rakyat bercambah. Biara Kencana telah membawa mobiliti sosial yang begitu pesat. Puak Kesumar, Pertawista dan Iteruh tidak lagi dapat dibezakan. Putera – putera raja orang Kerdil dan orang Bunian biasanya dilatih di Biara Kencana. Puak Dangga (yang semuanya adalah ahli kultus tersebut) adalah golongan cendikiawan dan pendeta yang sering dirujuk oleh raja-raja. 1/5 rakyat Megamelayu adalah ahli biara Kencana.

Majoriti Pentadbir daripada yang terbawah hingga teratas adalah dari ahli Biara Kencana. Banyak juga yang menjadi pegawai, saudagar, tuan tanah, insinyur, doktor, arkitek, dsb. Biara Kencana menggubah sosial Megamelayu, yang mempengaruhi politik megamelayu secara keseluruhannya.

Ad blocker interference detected!


Wikia is a free-to-use site that makes money from advertising. We have a modified experience for viewers using ad blockers

Wikia is not accessible if you’ve made further modifications. Remove the custom ad blocker rule(s) and the page will load as expected.