FANDOM


Empayar Megamelayu (literally : Megamelayu Empire or Great Malay Empire) adalah sebuah empayar yang luas yang menguasai keseluruhan Benua Megamelayu dan kepulauan-kepulauan sekitarnya dengan keluasan sebesar benua Eropah. Empayar Megamelayu merupakan kesatuan 4 Kerajaan Melayu yang sangat kuat, dan beberapa wilayah yang bebas daripada taklukan 4 kerajaan ini. Pemerintahan Megamelayu berpusat di Bandar Raya Agung Kencana Si Rawi. Secara geografi, Empayar Megamelayu dibahagikan kepada 2 kawasan iaitu Kawasan Tanah Besar Megamelayu dan Kepulauan Megamelayu. Benua Megamelayu terletak di tengah-tengah Lautan Pasifik, di antara Garisan Sartan dan Garisan Jadi. Pemerintah tertinggi Megamelayu digelar Yang Dipertua Maharaja Agung Situnggal Mangkubumi Megamelayu ataupun ringkasnya Maharaja Mangkubumi. Yang Dipertua Maharaja Mangkubumi merupakan Monarki Terpilih, daripada 4 Raja Kerajaan-Kerajaan Kesatuan Megamelayu.

Empayar Megamelayu berdiri sebagai kesatuan kerajaan-kerajaan sejak pembukaan Benua Megamelayu lagi. Mengikut Hikayat Sang Tra Berham Nagiri, moyang mereka, Nagiri berasal dari Tandus Rumput Barat, kemudian menjelajah ke timur. Anak sulung Nagiri mempunyai ramai anak, dan dikhuatiri Ganang Rumput Barat tidak lagi mampu untuk menampung percambahan bangsa mereka. Akhirnya, Cagara, cucu sulung Nagiri mencari inisiatif untuk meneroka lautan timur dan akhirnya sampai ke Benua Megamelayu. Cagara membahagikan orang-orangnya kepada 4 kelompok, untuk menjelajah Benua Megamelayu. Cagara membuat perjanjian dengan orang-orangnya agar keturunan mereka tidak akan mengasingkan diri daripada keturunuan Cagara, dan keturunan Cagara tidak akan mengasingkan diri daripada puak mereka. Apabila 4 penempatan dibangunkan, anak-anak Cagara manjadi raja-raja bagi pertempatan tersebut.

Semua manusia warga empayar Megamelayu digelar Bangsa Cagara. Bangsa Cagara dibahagikan kepada beberapa kelompok seperti Suku Warisan Cagara, Puak Dingikratas, Puak Kesumar, Puak Dangga, Puak Bagawan, Puak Pertawista, Puak Wulanjadi, Puak Sudarma, Puak Suryaningkrat, Puak Jerun, Puak Iteruh. Puak Iteruh adalah puak majoriti, tetapi, Suku Warisan Cagara kekal menguasai pemerintahan. Bahasa dan tulisan Dimrana merupakan alat komunikasi paling utama di Megamelayu walaupun dialek-dialek daerah digunakan dengan sangat meluas.

Mengikut Siarah Megamelayu, Megemelayu juga dihuni Bangsa Bunian (Elves), Belantarahwan (Beasts), orang Kerdil (Dwarves) dan Bangsa Raksasa (Giants), malah sebelum pembukaannya oleh Manusia. Manusia menganggap Bangsa Bunian dan orang Kerdil juga seperti mereka. Belantarahwan dan Raksasa dianggap sebagai haiwan yang tidak mampu berfikir. Sebahagian orang Kerdil dan Bunian mengiktiraf ketuanan manusia, hidup bersama-sama manusia, malah berkahwin dengan manusia. Sekelompok orang Kerdil dan Bunian hanya keluar dari wilayah mereka untuk berdagang bersama manusia. Ada pula orang Kerdil dan Bunian yang tidak pernah menonjolkan diri kepada manusia. Kawasan Dominasi dan Ketuanan Bunian yang termaju dan terkenal adalah Tasik Satwa Alam, yang juga mengiktiraf Maharaja Mangkubumi Megamelayu sebagai pemerintah tertinggi mereka.


GeografiEdit

Empayar Megamelayu merupakan empayar yang medominasi 100% Benua Megamelayu [Megamelayu Continental]. Tanah seluas Eropah moden ini terletak ditengah-tengah Lautan Pasifik, antara garisan Sartan dan Jadi.

Megamelayu mempunyai pelbagai iklim antaranya, Iklim Khatulistiwa, Iklim Monsun Tropika, Iklim Padang Rumput, Iklim Hawa Dingin Sederhana, Iklim Gurun Panas dan Iklim Gurun Sederhana.


Sejarah PembukaanEdit

Megamelayu Sebelum Kedatangan Cagara Edit

Sebelum kedatangan Cagara, dipercayai bahawa bangsa-bangsa lain juga telah hidup di Benua Megamelayu tetapi populasi mereka tidaklah banyak. Bunian dan orang Kerdil dipercayai telah membuka pertempatan utama di Banjaran Kalijanda dan Pulau Selat Selatan.

Bunian dan orang Kerdil dikatakan tidak sebulu. Peperangan sentiasa berlaku antara mereka bagi merebut sumber ekonomi dan makanan. Bunian mengadakan persekutuan dengan Belantarahwan manakala orang kerdil mengikat pakatan bersama bangsa Raksasa. Tidak seperti manusia Bangsa Cagara, Bunian dan orang Kerdil menanggap bangsa Belantarahwan dan Raksasa adalah makhluk berakal yang ganas.

Peperangan Bawah Bayu merupakan peperangan terakhir antara puak Bunian dan orang-orang Kerdil sebelum kedatangan manusia ke Megamelayu. Dalam peperangan ini, Bangsa Bunian telah menang dan menguasai Tasik Satwa Alam. Malangnya, ibarat menang jadi abu, kalah jadi arang, hampir 75% orang kerdil dan Bunian telah terkorban dalam peperangan tersebut. Belantarahwan dan Raksasa melanggar perjanjian persekutuan dengan kedua-duanya bersekongkol untuk merebut wilayah-wilayah Bunian dan orang Kerdil. Sewaktu inilah Cagara mendarat di benua Megamelayu.

Pelayaran Ke Timur dan Pembukaan Kencana Si Rawi Edit

Diriwayatkan sebanyak 13 Kapal digunakan untuk mengangkut Cagara, orang-orangnya dan harta-harta mereka dari Ganang Rumput Barat ke Megamelayu. 4 Daripada 13 Kapal tersebut dikatakan dipenuhi binatang ternakan, manakala 3 Kapal lagi membawa makanan ruji, dengan setiap kapal 100 orang. Baki 2800 orang lain dibahagikan kedalam 6 Kapal yang sarat dengan emas dan harta benda. Jumlah yang ikut belayar adalah 3500 orang, 1960 daripadanya lelaki manakala 1540 perempuan.

Mereka mendarat di antara muara 2 sungai tatkala waktu mentari sedang terbit. Cagara, menyangka mereka telah menemui dataran yang menyangka hari masih malam [mengikut kiraan masa di Ganang Rumput] dengan senang berteriak "Kencana!Kencana!". Semua orang terbangun dan akhirnya mereka mengetahui bahawa Cagara tersilap kerana menyangka itu adalah "sinar subuh" adalah emas.

Mereka menamakan tempat itu sebagai Kencana Si Rawi (Literally: The Gold of the Sun). Seiringan dengan pendaratan mereka, adik perempuan Cagara telah melahirkan seorang anak lelaki, dan mereka menamakan bayi itu sebagai "Kencana Si Rawi".

Penerokaan Benua Megamelayu Edit

Penerokaan Pertama - Perjanjian dengan Bunian dan Orang Kerdil Edit

Setelah itu, Cagara memerintahkan agar penerokaan terhadap tanah baru itu diteruskan. Cagara benar-benar pasti bahawa mereka telah menemui sebuah pulau yang sangat besar. Cagara membahagikan 13 kapalnya kepada 3 kumpulan. 5 Kapal bersama dihantar ke timur,5 kapal dihantar ke barat dan 3 lagi berlabuh di Kencana Si Rawi. Nahkoda-nahkoda kapal disyaratkan untuk melayari pesisiran pantai pulau besar tersebut, dan setiap hari, setiap kapal harus mengutus merpati diikat riben putih kepada Cagara selagi kelompok barat dan kelompok timur belum bertemu dan merpati dengan riben merah selepas bertemu. Seorang pelukis peta dan seorang pelapor dilantik untuk setiap kapal. Kelima-lima kapal dalam kelompok harus berlayar dengan jarak yang dekat. Mereka dilarang berlabuh selagi tidak mengelilingi pulau itu kecuali atas alasan kecemasan, timbul keraguan atau telah berjumpa dengan kelompok kedua - mereka harus berbincang.

Kedua-dua kelompok kapal bertemu dalam jangka masa 15 hari belayar tanpa henti dan 15 hari sebelum mengelilingi Megamelayu. Mujurlah makanan yang dibekal amat cukup. Sebanyak 2000 kepala menyertai pelayaran ini.

Dalam pelayaran ini, Tasik Satwa Alam dan penempatan pesisir pantai lain dijumpai. Orang Bunian dan orang Kerdil kedua-duanya mengikat perjanjian bersama Manusia secara berasingan. Mereka amat terkejut dengan Kapal yang dibina Bangsa Manusia serta makanan-makanan pelik yang dipunyai manusia. Cagara meredhai perjanjian tersebut.

Pembangunan Kencana Si Rawi Edit

Setelah pelayaran pertama, Cagara memerintahkan orang-orangnya untuk membangunkan Kencana Si Rawi. Mengikut Babad Bandar-Bandar, Kencana Si Rawi tidak mempunyai sebarang sumber ekonomi kecuali batu dan kayu. Tetapi sungai kawasan antara 2 sungai itu sangat subur dan dikatakan "anda hanya perlu mencebok tangan anda ke dalam air, dan anda akan meperoleh ikan". Penternakan dan pertanian dimajukan.

Cagara juga memerintahkan orang-orangnya untuk bekerjasama membangunkan Pusat Bandar dan penempatan-penempatan orang-orangnya. 5 orang anak lelaki Cagara dikatakan mengelat, setelah rumah mereka dibangunkan, mereka enggan membangunkan rumah orang lain. Cagara memerintahkan beberapa orang untuk menjaga sungai, hanya beberapa 7000 ekor ikan sahaja dibenarkan untuk diambil dari sungai setiap hari. Sebahagian orang termasuk Cagara mengambil bahagian ikannya untuk diternak.

Penerokaan Kedua Edit

Dalam masa 8 tahun kemudian, bangsa Manusia meningkat kepada lebih 7000 orang. Hubungan antara Manusia, Bunian dan orang Kerdil adalah sunyi sepanjang 13 tahun itu.

Melihat perkembangan Manusia yang pesat, Cagara mengumpulkan orang-orangnya untuk menjelajah buat kali kedua berpandukan peta dan laporan yang dia peroleh sewaktu penjelajahan pertama. Ternyata tidak ramai generasi muda orang-orangnya yang mahu mengikuti penerokaan. Akibatnya, Cagara mengambil keputusan untuk menawarkan pembebasan hamba-hamba abdinya yang seramai 4200 orang ketika itu jikalau mereka mahu meneroka. Cagara sendiri menetapkan di mana penempatan yang akan mereka buka.

13 kapal lama dibaiki dan 7 kapal baru telah dibina. 6 buah kapal dipakai untuk pelayaran kedua. Cagara menghantar 3 orang anaknya yang terpercaya dan terbaik untuk menahkodai pelayaran, meneroka 3 penempatan baru di Tenggara, Barat dan Selatan Megamelayu.

Penempatan di Barat dikenali dengan nama Bumi Baiduri Barat. Terdapat hanya 1 batang sungai yang mengalir ke laut, dan kawasan tersebut berdekatan dengan gurun panas yang kaya dengan besi, batu dan juga permata.

Cagara mengikut penerokaan ke timur kerana dia masih kabur tentang penempatan yang mahu dipilih. Akhirnya, dia memilih penempatan pendalaman di Timur dikenali dengan nama Tanih Tenggara. Kawasan ini terletak bukan di pesisir pantai tetapi berada di tengah-tengah antara sungai dan tasik ladam, jauh dari muara. Berdekatan dengan Tanih Teanggara, terdapat hutan belantara yang penuh dengan buah-buahan dan haiwan. Tanih Tenggara terletak 10 batu di tenggara Tasik Satwa Alam. Mengetahui sahabat lama berada di dalam belantara tersebut, Cagara menghantar seorang diplomatnya yang mengenali orang Bunian bersama 10 pengawal. (4 diplomatnya yang mengenali orang bunian yang lain telah mati) . Memelikkan, tiada seorangpun Bunian yang keluar daripada wilayahnya seperti dulu. Tahulah diplomat itu bahawa Tasik Satwa Alam telah dikepung selama 3 tahun.

Cagara sendiri memimpin 400 orang-orangnya untuk melawan Belantarahwan dan Raksasa yang mengepung Tasik Satwa Alam. Mereka berjaya dan Tasik Satwa Alam mengiktiraf ketuanan Cagara ke atas seluruh Belantara Kalijanda.

Mendengar khabar kejayaan Cagara, ketua orang Kerdil dari Pulau Selat Selatan segera menghantar utusannya ke Tanih Tenggara untuk bertemu Cagara. Risaukan persekutuan Bunian dan Manusia, ketua orang Kerdil ini mengungkit perjanjian antara orang Kerdil dan Manusia. [Orang kerdil Pesisir Pantai Megamelayu yang membuat perjanjian itu semuanya telah pupus]. Cagara memanggil kedua-dua bangsa bunian dan orang Kerdil dan mengakui bahawa mereka adalah manusia seperti orang-orang Cagara. Dia mahukan mereka berdamai, atau kedua-duanya akan diperangi oleh manusia. Sebahagian orang Bunian dan orang Kerdil menanggap ini sebagai ancaman dan ketidaktelusan manusia, lalu mereka enggan berhubungan langsung dengan manusia. Majoriti menganggap ini bukan ancaman, sebaliknya gesaan pendamaian. Tasik Satwa Alam dan Pulau Selat Selatan bersetuju diikuti 3 tanah orang bunian dan 5 Tanah orang kerdil. Selebihnya mengasingkan diri.

Selatan Sricahya yang dibuka di selatan sangat kaya dengan emas dan tumbuhan-tumbuhan herba. Penempatan ini berhubungan dengan Tanih Tenggara melalui sungai Tenggara yang menembus jantung kedua-dua bandar. Kerana Tanih Tenggara dibuka jauh dari pesisir pantai, maka perlabuhan Selatan Sricahya merupakan jalan perhubungan laut bagi bandar Tanih Tenggara. Sungguhpun begitu, orang-orang kerdil menggunakan terowongan bawah tanah untuk sampai ke Tanih Tenggara, tanpa melintasi Selatan Sricahya.

Kemangkatan Cagara dan Wasiatnya Edit

Cagara mangkat di Tanih Tenggara ketika berusia 57 tahun disaksikan semua lelaki bangsa Cagara, Ketua Bunian dan Ketua orang Kerdil. Cagara mewasiatkan agar semua bangsanya bersatu, daripada golongan hamba yang dibebaskan sehingga golongan pewarisnya. Cagara juga mewasiatkan 4 orang anaknya (bukan 5 anaknya yang ”mengelat” sewaktu pembinaan Rumah di Kencana Si Rawi dan buruk perangainya itu) untuk mewarisi pemerintahan 4 kota tersebut. Cagara juga mewasiatkan bahawa 4 orang anaknya ini agar tidak akan mengasingkan diri daripada anak-anak yang lain.

Wasiat ini dikenali sebagai Wasiat Cagara. 4 orang anak-anak warisan cagara ini terus bersumpah untuk menyatukan 4 penempatan ini dibawah satu kesatuan. Ketua orang kerdil dan Ketua Bunian juga mengikut sumpah mereka. Semua lelaki yang hadir turut bersumpah begitu. Cagara mangkat dengan wajah gembira. Pusara Cagara tidak diketahui di mana. Ada yang berkata di Tanih Tenggara, ada yang berkata di Selatan Sricahya, ada juga yang berkata mayatnya diangkut dan dikebumikan di Kencana Si Rawi. Adik Lelaki Cagara dilantik oleh 4 anak-anak cagara ini untuk menjadi simbol kesatuan mereka. Adik Perempuan Cagara diminta untuk dihantar pulang ke Ganang Rumput Barat dan meninggal dan dikebumikan di situ. Beberapa orang Cagara melawat Ganang Rumput Barat untuk melihat tempat asal nenek moyang mereka, tetapi tidak dialu-alukan oleh penduduk Ganang Rumput Barat sendiri. Walaubagaimanapun, bangsa Cagara mengikat perjanjian perdagangan dengan mereka.

Adik Perempuan Cagara meninggalkan anak tunggal lelakinya Kencana Si Rawi, yang dipercayai menjadi Dato’ Bandar Kencana Si Rawi yang ketiga. Kencana Si Rawi mempunyai seorang cucu lelaki, yang juga dinamakan Kencana Si Rawi, penulis hikayat ini dan penulis ”Khatamnya Tambo Megamelayu”

11 SukuEdit

Cagara mempunyai 15 orang anak, 9 daripadanya lelaki. Cagara juga membawa 2 adiknya yang bongsu, seorang lelaki dan seorang perempuan.

Orang-orang yang mengikut Cagara termasuklah hamba abdinya [yang dibebakan ketika Pelayaran Kedua], Penternak dan Petani, Pendeta dan Cendikia, Penasihat dan Pegawai Tingginya, Pelaut serta sukarelawan dari puak lain yang bergabung dengannya sewaktu penerokaan.

  1. Anak-anak daripada 4 Orang anak Cagara yang dikatakan sebagai pewarisnya dipanggil sebagai seperti Suku Warisan Cagara.
  2. keturunan dari adik perempuan Cagara dikenali sebagai Puak Dingikratas
  3. keturunan dari adik lelakinya dikenali sebagai Puak Suryaningkrat.
  4. Keturunan daripada 5 anak lelaki dan anak perempuan Cagara dikenali sebagai Puak Bagawan.
  5. Puak Kesumar dalah keturunan petani dan penternak Cagara,
  6. Puak Dangga adalah keturunan Pendeta dan Cendikiawan,
  7. Puak Pertawista daripada sukarelawan,
  8. Puak Samudarma adalah bangsa pelaut,
  9. Puak Jernihista adalah daripada Pegawai Tingg Cagara,
  10. Puak Iteruh daripada hamba abdi yang dibebaskan,
  11. manakala Puak Wulanjadi pula penduduk asal Megamelayu [Bunian atau Kerdil],

Politik dan PemerintahanEdit

  1. Artikel Utama :Politik dan Pemerintahan Pusat Empayar Megamelayu
  2. Bersangkutan : Politik dan Pemerintahan Negeri - Negeri Empayar Megamelayu

DemografiEdit

AgamaEdit

Agama Bangsa Cagara [Manusia]di Megamelayu adalah monotheism. Tetapi ada juga aliran-aliran "pelik" monotheism di Megamelayu. Sehingga ada juga yang menyembah berhala.

Orang Bunian dan orang Kerdil menyembah dewa masing-masing. Orang Bunian menyembah Sang Buana Alam, manakala orang kerdil menyembah Mahadewataraya.

Budaya dan BahasaEdit

Manusia menggunakan bahasa Dimrana, dan tulisan Dimrana.

Ad blocker interference detected!


Wikia is a free-to-use site that makes money from advertising. We have a modified experience for viewers using ad blockers

Wikia is not accessible if you’ve made further modifications. Remove the custom ad blocker rule(s) and the page will load as expected.